Harta HALAL atau HARAM

Islam tidak pernah melarang ummatnya mengumpul harta atau memperolehi rezeki malah ianya sememangnya digalakkan. Namun, kaedah untuk memperolehi rezeki dan harta tersebut mestilah selaras dengan hukum syarak.Sejarah islam mengukir nama -nama hartawan Islam seperti Abdul Rahman b. Auf, Umar, Abu Bakar dan ramai lagi yang kesemua mereka merupakan hartawan. Namun, diakhir-akhir zaman kini, kita perlu berhati-hati dalam memiliki harta kerana bimbang-bimbang harta yang diperolehi hasil daripada perkara yang HARAM yang akhirnya mengundang azab neraka Allah.
Jual beli merupakan satu perbuatan untuk mendapatkan harta namun untuk mempastikan harta yang diperolehi itu HALAL hendaklah juga dipastikan barangan yang dijual juga mestilah Halal dan kaedah pemilikan dan pindah milik harta juga mestilah HALAL tanpa ada sebarang tipu muslihat mahupun pnindasan dari sudut harga jualan yang melampau.
Contohnya mudah. Jual Dadah tentunya merupakan perbuatan yang HARAM kerana dadah itu sendiri mendatangkan mudharat kepada pembeli dan penggunanya. Sebalinya menjual ubatan yang mengandungi dadah dengan kandungan tertentu untuk tujuan perubatan dan disahkan pakar bertauliah tentu sahaja harta daripada jualan tersebut sah dan Halal. Begitu juga dengan juala barangan kecantikan atau produk-produk melansing atau atas nama produk kesihatan. Perlulah sipenjual mengkaji dan meneliti terlebih dahulu apakah produk yang ingin dijual benar-benar mampu memberikan hasil yang dicanagkan atau sekadar satu tipu muslihat semata-mata? Sekiranya benar barangan tersebut mampu memberikan hasil seperti didakwa apakah ianya tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna atau sebaliknya ? Lihat dan telitilah pada bahan kandungannya dan rujuklah pada mereka yang pakar untuk mempastikan ianya benar-benar selamat untuk digunakan. Bahan-bahan di internet atau rujuklah pada persatuan pengguna agar mereka dapat menyelidikinya. Ini penting kerana sebagai penjual dan pengesyor kita sepatutnya bertanggungjawab terhadap barangan yang kita jualkan....Sekiranya semuanya elok maka perhatikanlah pula apakah barangan yang dijual halal dari sudup bahan-bahannya ? Ini mudah. Negara kita punyai badan khas yang ditugaskan untuk mengiktiraf sesuatu produk apakah Halal atau sebaliknya. Sungguhpun kadang-kala badan ini dipertikaikan namun sekiranya produk tersebut tidak punyai pengitirafan JAKIM lebih baik kita jauhkan diri dari menjual produk berkenaan kerana keHalalannya amat diragui. Janganlah kerana inginkan harta kita dengan mudah menjual barangan tersebut tanpa diselidiki kerana bimbang-bimbang kita tergolong dalam Hadis rasulullah S.A.w yang bermaksud:-
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda:-

" Akan datang suatu zaman dimana seseorang tidak memperdulikan dari mana dia mendapatkan harta apakah daripada sumber yang HALAL atau dari sumber yang HARAM"

Wallahua'lam

gambar di cameron


ha..ni kat ladang teh...tengok tu..ader rama2 hinggap kat tudung!!mesti minat ummi ni kan?




ni pic kat tmn rama2..nampak tak rama2 hinggap di daun hujau tu...besar kan?











pic with baba in cactus house..belakang tu patung2 hiasan dwarf..ala dwarf dlm cerita snow white tu...









this is one of ummis fav scene...dpn strawberry farm...cantinkan?





ni pic kat dpn stall kwn ummi time secondary school dulu..untie indah..tak dan ambil pic ngn dia..bz layan customer
sebenarnya ada byk lagi pic2 menarik..nanti lah lain kali post lg..ok








































































































kenangan di cameron highland








hari jumaat tu baba bagitau ummi,nak bawa umayra jalan2...umayra time tu umur 9 bulan..but baba tak bagitau pun nak bawa ke mana..ummi set je...janji jalan2..hehe..

tapikan,ari tu,ummi terasa sgt nak bawa baju sejuk umayra yg mak teh present n baju sejuk yg baba beli d bangkok dulu. tu..ish..pelik betul..ummi fikir,tak perlah,,bawa jelah...

tup..tup...baba bawa kiter ke cameron highland!!..wow bestnyer...

so dapatla umayra melaram baju2 tue..hehe..

ari jumaat tu tak berapa ramai org sgt..mungkin sbb hari berkerja...so tak ada masalah nak dapatkan hotel...mm,inilah pertama kali kiter bertiga tidur hotel...sebelum ni ummi n baba je..umayra tak lahir lagi..huhu..

umayra seronok sgt sepanjang waktu..lagi2 malam sabtu tu..ada pasar malam..mmg tiap2 malam sabtu ada pasar malam di berinchang..mlm tu tak sempat jln lamer2 pun sbb hujan renyai..suasana seeeejukkkk sgt!...baba n umayra tak le sejuk sgt sbb masing2 ader baju sejuk..baba sempat beli kat pasaraya jimat..murah juger harga nyer...tak sampai rm 20 pun..ha,sape nk baju sejuk murah,leh beli kat situ!...ewah..promote pulak!

kesian ummi...sejuk sorang2...nasib baik ummi pakai jubah n tudung labuh...hehe

tapikan..nak kater rezki ummi la mlm tu...baba belanjer ummi beli baju sejuk..siap ader cop cameron lagi!..

ha..keesokan pagi tu kiter berjalan merata2...tmn bunga..tmn rama2..strawberry farm..dll...

tapi umayra tak nampak enjoy sgt...maybe she's too young...mm..yg pastinyer ummi betul2 enjoy!hehe...

syukran baba...ader rezki bawa kami lg yer......

Sambutan Hari Lahir Opah, Busyro,





Pada 7 Febuari 2009, umairah dan keluarga telah datang ke rumah opah untuk menyambut ulangtahun opah, kak Busyro,




Umairah doakan moga semua sihat walafiat hendaknya.

alif..baa..taa...



"wah...baba ni kusyuk ngaji quran...umairah pun nak ngaji juger..."


hehe..pic ni di ambil pada pagi 1 syawal yg lepas...waktu tu lps balik solat aidilfitri...ummi tgh bersiap nak ke rumah opah....

umairah berumur 2minggu


Anakanda A'isyah Humaira binti Saiful Adli
Dilahirkan pada 25 jun 2007,hari isnin ,jam 10.41 malam (dgn berat 3kg,)di Hospital Permaisuri Tengku Bainun,Ipoh.
alhamdulillah,Allah permudahkan segala urusan kelahiran,hanya mengambil masa selama 4 jam 41minit sahaja proses kelahiran anakanda kami ini.
Diberi nama Aisyah humaira sempena nama Ummul Mukminin Sayyidah A'isyah,isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW..
A'isyah bermaksud yang hidup bahagia.manakala humaira bermaksud putih kemerahan
nama panggilan manjanya umairah,yg bermaksud ketua segala puteri
Sayyidah A'isyah terkenal dgn sifatnya yg solehah,petah berkata2,fasih lidahnya menyampaikan yg haq,punya sifat kepimpinan yg tinggi..sgt cerdik dan seorang yg pintar sehingga menjadi tempat rujukan ilmu para sahabat.beliau juga sgt gigih usahanya dlm menyampaikan dakwah islamiyyah selaku sayap kiri nabi..beliau menjadi ikon seorg wanita yg sempurna.he he he... A'isyah Humairah beruntung kerana telah ditahnikkan oleh seorang tokoh ulama' terkenal tanahair iatu Tuan Guru yang dikasihi Dato' Dr. Haron Din di Masjid Telekom, Taiping, Perak dengan menggunakan madu lebah dan air zam-zam...walaupun skin colour anakanda kami ni tak le seperti maksud namanya,namun kami sandarkan harapan dan doa kudus,moga berkat namanya itu akan menjadi sinar menyinari akhlaknya,imannya,taqwanya dan menjadi insan yg cemerlang dunia akhirat. insyaallah...aminn...
Kami mengucap syukur pada ilahi di atas anugerah yg istimewa ini..insyaalah kami akan cuba utk mempraktikkan sedikit ilmu yg ada utk membimbing dan mendidiknya menjadi insan yg solehah dan cemerlang...
sesungguhnya ujian dan pancaroba dunia ini sgt berliku...utk pasti dan yakin akan sesuatu...,sgt sukar dan menakutkan..apa yg pasti ,anak merupakan amanah dari allah...sejauh mana hala tuju mereka yg boleh kita warna dgn petunjuk dari ilahi,itu yg menjadi agenda utama kita sebagai ayah dan ibu...