SELAMAT HARI RAYA

Baba buat majlis berbuka puasa kat umah..........

Gambar masa raya pertama 1430H


Gambar raya pertama kat umah opah....



Ummi tengah salam opah


Umairah dan baba salam opah...maaf opah selamat hari raya

Gambar umairah, ummi dan baba


Ummi...tu mula nak nangis....saje je....he..he

Gambar kat Masjid Daerah Perak Tengah



Ni gambar hari raya ketiga..kami gi gopeng







Mmmm...dah lama sangat tak tulis dalam blog ni...maklumlah ummi sibuk...baba puna sibuk...exam la...kerje la...macam-macam.... ni baru boleh tulis balik....Raya tahun ni Umairah pakai baju Chongsam dan baju kurung.... Baba dengan ummi buat lemang...ni first time lemang diarong buat sendiri....dalam hujan-hujan...jadi jugak lemang baba. Alhamdulillah....
Lepas solat kami pergi umah opah...pastu pergi umah mak tok jumpa makcik nana, paksu dan ramai lagi....petang raya kami pergi bota, kampung baba...ziarah opah-opah kat sana...kami balik malam....lepas ziarah lecturer baba dan mak tok...dalam kul 12 lebih jugaka la baru kami sampai umah. Hari kedua kami pergi umah opah dan mak tok lagi...ziarah giant sat. Raya ke tiga kami pergi umah mak tok lagi!! umairah makan laksa...pastu kami pergi mandi kat gopeng...ni la first time umairah mandi kat air terjun....mmm best betul....Malam tu tok bah datang umah...tolong masak bihun sebab mak ngah ila nak datang. raya tahun ni walaupun tak pergi kemana-mana tapi umairah dapat lebih RM 70 juga la...he...he..he....Sempena raya ni umairah, ummi dan baba mohon sejuta kemaafan buat semua sanak saudara...dan seluruh yang mengenali kami...kemaafan dipinta moga segala kesilapan dan kesalahan diampunkan....Bersamalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri...kata baba...jangan susahkan hati bonda kerana syurga itu dibawah tapak kaki bonda...nabi pun sebut bila sahabat tanya antara ibu dan ayah siapa yang wajib ditaati ? maka nabi sebut 3 kali perkataan ibu baru nabi sebut nama ayah...maknanya taati dan hormati ibu lebih utama daripada seorang ayah... Perintah Allah agar mentaati Allah dan rasul dengan ketaatan yang mutlak dan barulah mentaati ibu dan ayah.....Kenang-kenagkan diri jaga tutur kata dengan ibu...kadang-kadang ibu diwaktu senja ni memang suka bercerita perkara yang lepas-lepas dan berulang-ulang...jangan rasa bosan mendengarnya kerana dahulu ibu kita tak pernah bosaan melayan kerenah kita...ingat ibu kita dahulu jaga kita 12 adik beradik dengan penuh kasih sayang...tak pernah dihantar ke mana-mana pusat penjagaan pun...dan tak pernah diberi pada sesiapa pun untuk dijaga walaupun masa itu keluarga kita susah.....jadi keperitan ibu menjaga kita dahulu sepatutnya kini kita tidak membebankan dia lagi dengan memintanya memelihara anak kita dan cucu dia....walaupun ia berbayar....cukuplah ibu penat....waktunya kini bukan waktu untuk menjaga budak lagi...ibu kita sepatutnya kini dia bergembira menghabiskan masanya dengan ibadah kepada Allah...menziarahi masjid untuk berjemaah dan mengambil ilmu dari guru-guru agama dan menziarahi cucu-cucunya dimana berada....baba kata dulu opah pernah menyuarakan hasratnya itu....ingin menuntut ilmu di masjid dan surau...tapi kini opah dah tak suarakan lagi...mungkin melihat keadaan dan harapannya itu takkan mampu dikecapi...malah kesihatan opah yang makin susut...doakan moga opah sihat dan ceria seperti dahulu dan moga opah dapat mengecapi hasratnya itu....amin....
Kata baba lagi, baba bukan tak bagi opah bela cucu kalau itu yang opah inginkan....tak de masalah kalau ia tak membebankan opah dan opah pun sihat serta punyai masa untuk aktiviti ibadahnya...tapi yang baba marah bila opah dah tak sihat dan dipancingnya pula dengan wang....Berapa banyak sangatlah yang diberi pada opah ?? RM 500 ?? RM 1000??? tak juga....bagi RM 200 sama macam bagi kat orang lain... save skit...kalau hantar kat orang bagi RM 2o0...pastu kena bagi kat opah pulak....kan susah....ni yang baba marah....dah belajar tinggi-tinggi dah gaji besar-besar pun masih berkira dengan opah....kalau opah sihat boleh le tahan (walaupun baba tetap tak setuju)...ni kan pula opah tak berapa sihat...tapi...kata-kata ni pasti tak diterima malah dituduh sebagai berniat jahat dan dengki pula...tu la manusia kan??? Ingatla Opah besarkan kita susah-susah dan seronok bila tengok anak2 berjaya....sebagai anak yang berjaya...yang cerdik dan dapat belajar sampai ijazah di universiti...tak sepatutnya kita buat opah macam tu...bagi duit bagi je ikut kemampuan dan atas rasa tanggungjawab....jangan bagi kerana lain....jangan diumpan dan diupahkan...biar sikit....tak pe...opah tahu dan Allah Maha Mengetahui. Jangan dicerita masalah duit pada opah....kita dah besar..takkan nak bagitahu opah lagi....kalau opah tak de macam mana??? jangan bagi opah susah ati...ceriakan selalu hatinya...Lihatlah hadis nabi...antaranya nabi sebut antara tanda-tanda kiamat ialah ibu melahirkan tuan...hadis ni macam-macam tafsiran...tapi kalau kita ambil tafsiran secara zahir pun dah faham...ibu melahirkan tuan...seolah-lah mengambarkan ibu yang diperhambakan oleh anak-anaknya melalui apa ya?? disuruhnya ibunya menjaga anak-anaknya dengan seribu satu masalah dan alasan...kononya takut kalau orang bela anak kita...takut nanti anak kita kena dera..macam dalam surat khabar tu ?? ada pula bagi alasan kononnya anak kita dah biasa dengan opah dan tak nak kat orang lain...ada yang kata suami kita suruh opah je yang bela...ada pula kata minta mak jaga senang sebaba tak cukup duit belanja rumah dan macam macam lagi la...persoalannya jika takut anak kita kena dera apakah semua orang yang ambil upah jaga budak suka mendera anak orang?? berapa juta pula kes-kes penderaan seperti itu berlaku sampai kita prejudis sangat dengan orang lain??? kalau nak kata anak kita dah biasa dengan opah dan tak nak kat orang lain itu hanya alasan kita semata-mata...kenapa anak orang lain boleh...anak kita pula tak boleh...dan yang kata suami suruh pula apa hak suami nak minta dan paksa mak mertuanya jaga anak kita ??? Kita sebagai isteri memang wajib taat pada suami tapi ketaatan yang terbatas bukan mutlak...dalam hal ini bukanlah satu ketaatan mutlak yang wajib dipatuhi....kalau kata tak cukup duit jadi terpaksa minta mak jagakan...ni pun alasan yang bodoh...soal duit kita yang pilih....kalau dah tak cukup nak bagi duit untuk pengasuh...behenti je kerja...duk umah dan jaga anak sendiri....duit banyak mana pun tak cukup dan takkan cukup....nabi sendiri kata kalau kita ditawar segunung emas pun nescaya kita akan minta segunung emas lagi dan begitulah seterusnya....jadi soal duit ni adalah atas kita...kalau kita kerja...gaji dapat RM 500 sebulan...dengan duit tu betul-betul cukup bayar upah penjaga dan duit pempes susu anak je...baik kita behenti je kerja!!! kalau nak kerja biarlah lebih RM 1000 baru ada duit sikit...lagipun kewajiban menanggung kita makan minum atas bahu suami bukan isteri !! Bila isteri kerja...suami mulalah malas nak tanggung kita sebab sesetengah suami yang banggang tu kata isteri aku dah ade duit buat apa bagi dia duit lagi?? jadi suami macam ni memang bonggok dan pilihannya eloklah berhenti je kerja...tak yah la nak glamour sangat...Di barat kalau ada wanita yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi bila berhenti kerja atas alasan nak jaga anak-anak dan nak beri tumpuan pada keluarga..maka dia dikagumi dan disanjungi kerana telah bekorban untuk keluarga...tapi di Malaysia kalau kita buat macam tu orang kata kolot...jumud dan sebagainya...ada yang kata baik jangan belajar tinggi-tinggi kalau dah tau nak kedapur?? inilah sikap kita...tapi kita kena ada prinsip...jangan ikut kata orang...kalau ikut orang sampai bila pun tak betul!!!Baba pernah nasihat mereka semua tapi dihujani perbagai sms menghentam baba balik...siap dengan terjemahan al-Qurannya sekali untuk membenarkan tindakan mereka walaupun penggunaan terjemahan tersebut salah sekali mengikut maksud sebenarnya...Inilah yang Allah katakan sebagai menjual ayat Allah dengan harga yang murah!! menggunakan al-Quran untuk membenarkan tindakan yang salah sedang al-Quran hanya boleh ditafsir oleh al-Quran itu sendiri atau ia ditafsirkan oleh al hadis...mmm itulah orang kita....Sebenarnya banyak lagi ayat al-Quran mahupun hadis yang boleh dipetik agar kita sentiasa memelihara ibu kita dengan baik...antaranya al-Quran meminta kita berbuat baik kepada kedua ibubapa kita...begitu juga al sunnah...malah melakukan perkara yang menyusahkan atau mendatang kesusahan atau perbuatan yang menaiayai ibu ini merupakan antara perbuatan yang mengundang bala Allah sepertimana yang disebut nabi....Jadi, ambil lah iktibar atas semuanya...jika opah dahulu boleh bela anak-anaknya walau dalam keadaan susah mana pun....walau diminta orang anaknya...takkan diberinya malah dipeliharanya sehingga berjaya...kenapa kita tak dapat lakukan perkara yang sama pada anak kita dan cucu-cucu opah?? Ingatlah perbuatan kita ini diperhatikan oleh malaikat-malaikatnya...diperhatikan oleh Allah sedang setiap perkara itu pasti berulang...Jika kini kita tidak memelihara anak kita dengan baik..memperlakukan sesuatu pada bonda kita dengan cara halus dan lembut...bimbang-bimbang nanti kita pula diuji Allah seperti demikian atau lebih buruk lagi...dipaksa anak kita untuk menjaga cucu-cucu kita pada masa kita tiada kudrat lagi untuk melakukannya.... Ambil sikap Pak Tam...walaupun bergaji kecil....sejak dia kahwin dan dapat anak tak pernah minta opah bela dan jaga anak-anaknya....Allah yang Maha Mengetahui telah mengurniakan rezeki melimpah ruah kepadanya...tengok sekarang dia dah berjaya...alhamdulillah...dia tak de degree pun tapi tahu berfikir....malulah pada dia sedang kita yang ade degree tak reti fikir... Betul kata Tn Guru Nik Aziz...ilmu kehidupan ni bukan semua orang ada....ilmu ni tak dapat kat universiti....belajar setinggi mana pun tak kan dapat...ilmu ni hanya ada melalui kehidupan...ilmu ni hanya kurniaan Allah pada sesiapa yang Dia nak bagi....orang kadang-kadang belajar tinggi mana pun kadang-kadang dia buta dalam ilmu ni..."Kalau la baba jadi ustaz satu hari nanti...kalau masa tu baba sempat lagi...baba kata setiap kali dia mengajar...pasti dia akan bawa opah menemaninya....kesana kemari....baba sekarang tak de masa untuk keluarga...duit pun kurang...tapi kalau ada masa...baba kata memang baba nak bawa opah kemana sahaja opah nak pergi....tapi itu doa dan harapan baba...yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui......"
Sepanjang raya ni kami sekeluarga sekali lagi mohon maaf banyak-banyak...pada abang fendi...belajar rajin-rajin kat pondok tu...jangan main....nanti timbul fitnah pulak...Ilmu agama ni ilmu mulia...moga kejayaan abang fendi nanti menjadi pemangkin dakwah dalam keluarga...amin......

wallahua'lam




















































Selamat Hari Lahir Umairah, Kak Atin dan Solehah

Gambar Pak Su sedang belek hadiah Umairah






Gambar bersama ketika sambutan ulangtahun kelahiran ke 2




Wah...banyaknye hadiah!!!

Majlis Sambutan Hari Lahir

Alhamdulilliah...syukur kehadrat ilahi.
Mmm...Sabtu ni Ummi, Baba & Opah ada buat majlis untuk umairah dan kakak-kakak...Majlis Hari Lahir Kami !!! Best kan ?? Kami buat serentak sebab kami lahir dalam bulan yang sama. Umairah, Solehah dan Kak Fatin...Baba kata...Baba cadang nak buat hujung bulan jun sebab Umairah lahir pun 25 Jun...tapi sebab Baba hanya ada masa pada 6 Jun ni...maka Majlis terpaksalah dicepatkan pada 6 Jun ni...Mmm...bestnyer...tak sabar nak tunggu majlis tu...

Harta HALAL atau HARAM

Islam tidak pernah melarang ummatnya mengumpul harta atau memperolehi rezeki malah ianya sememangnya digalakkan. Namun, kaedah untuk memperolehi rezeki dan harta tersebut mestilah selaras dengan hukum syarak.Sejarah islam mengukir nama -nama hartawan Islam seperti Abdul Rahman b. Auf, Umar, Abu Bakar dan ramai lagi yang kesemua mereka merupakan hartawan. Namun, diakhir-akhir zaman kini, kita perlu berhati-hati dalam memiliki harta kerana bimbang-bimbang harta yang diperolehi hasil daripada perkara yang HARAM yang akhirnya mengundang azab neraka Allah.
Jual beli merupakan satu perbuatan untuk mendapatkan harta namun untuk mempastikan harta yang diperolehi itu HALAL hendaklah juga dipastikan barangan yang dijual juga mestilah Halal dan kaedah pemilikan dan pindah milik harta juga mestilah HALAL tanpa ada sebarang tipu muslihat mahupun pnindasan dari sudut harga jualan yang melampau.
Contohnya mudah. Jual Dadah tentunya merupakan perbuatan yang HARAM kerana dadah itu sendiri mendatangkan mudharat kepada pembeli dan penggunanya. Sebalinya menjual ubatan yang mengandungi dadah dengan kandungan tertentu untuk tujuan perubatan dan disahkan pakar bertauliah tentu sahaja harta daripada jualan tersebut sah dan Halal. Begitu juga dengan juala barangan kecantikan atau produk-produk melansing atau atas nama produk kesihatan. Perlulah sipenjual mengkaji dan meneliti terlebih dahulu apakah produk yang ingin dijual benar-benar mampu memberikan hasil yang dicanagkan atau sekadar satu tipu muslihat semata-mata? Sekiranya benar barangan tersebut mampu memberikan hasil seperti didakwa apakah ianya tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna atau sebaliknya ? Lihat dan telitilah pada bahan kandungannya dan rujuklah pada mereka yang pakar untuk mempastikan ianya benar-benar selamat untuk digunakan. Bahan-bahan di internet atau rujuklah pada persatuan pengguna agar mereka dapat menyelidikinya. Ini penting kerana sebagai penjual dan pengesyor kita sepatutnya bertanggungjawab terhadap barangan yang kita jualkan....Sekiranya semuanya elok maka perhatikanlah pula apakah barangan yang dijual halal dari sudup bahan-bahannya ? Ini mudah. Negara kita punyai badan khas yang ditugaskan untuk mengiktiraf sesuatu produk apakah Halal atau sebaliknya. Sungguhpun kadang-kala badan ini dipertikaikan namun sekiranya produk tersebut tidak punyai pengitirafan JAKIM lebih baik kita jauhkan diri dari menjual produk berkenaan kerana keHalalannya amat diragui. Janganlah kerana inginkan harta kita dengan mudah menjual barangan tersebut tanpa diselidiki kerana bimbang-bimbang kita tergolong dalam Hadis rasulullah S.A.w yang bermaksud:-
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda:-

" Akan datang suatu zaman dimana seseorang tidak memperdulikan dari mana dia mendapatkan harta apakah daripada sumber yang HALAL atau dari sumber yang HARAM"

Wallahua'lam

gambar di cameron


ha..ni kat ladang teh...tengok tu..ader rama2 hinggap kat tudung!!mesti minat ummi ni kan?




ni pic kat tmn rama2..nampak tak rama2 hinggap di daun hujau tu...besar kan?











pic with baba in cactus house..belakang tu patung2 hiasan dwarf..ala dwarf dlm cerita snow white tu...









this is one of ummis fav scene...dpn strawberry farm...cantinkan?





ni pic kat dpn stall kwn ummi time secondary school dulu..untie indah..tak dan ambil pic ngn dia..bz layan customer
sebenarnya ada byk lagi pic2 menarik..nanti lah lain kali post lg..ok








































































































kenangan di cameron highland








hari jumaat tu baba bagitau ummi,nak bawa umayra jalan2...umayra time tu umur 9 bulan..but baba tak bagitau pun nak bawa ke mana..ummi set je...janji jalan2..hehe..

tapikan,ari tu,ummi terasa sgt nak bawa baju sejuk umayra yg mak teh present n baju sejuk yg baba beli d bangkok dulu. tu..ish..pelik betul..ummi fikir,tak perlah,,bawa jelah...

tup..tup...baba bawa kiter ke cameron highland!!..wow bestnyer...

so dapatla umayra melaram baju2 tue..hehe..

ari jumaat tu tak berapa ramai org sgt..mungkin sbb hari berkerja...so tak ada masalah nak dapatkan hotel...mm,inilah pertama kali kiter bertiga tidur hotel...sebelum ni ummi n baba je..umayra tak lahir lagi..huhu..

umayra seronok sgt sepanjang waktu..lagi2 malam sabtu tu..ada pasar malam..mmg tiap2 malam sabtu ada pasar malam di berinchang..mlm tu tak sempat jln lamer2 pun sbb hujan renyai..suasana seeeejukkkk sgt!...baba n umayra tak le sejuk sgt sbb masing2 ader baju sejuk..baba sempat beli kat pasaraya jimat..murah juger harga nyer...tak sampai rm 20 pun..ha,sape nk baju sejuk murah,leh beli kat situ!...ewah..promote pulak!

kesian ummi...sejuk sorang2...nasib baik ummi pakai jubah n tudung labuh...hehe

tapikan..nak kater rezki ummi la mlm tu...baba belanjer ummi beli baju sejuk..siap ader cop cameron lagi!..

ha..keesokan pagi tu kiter berjalan merata2...tmn bunga..tmn rama2..strawberry farm..dll...

tapi umayra tak nampak enjoy sgt...maybe she's too young...mm..yg pastinyer ummi betul2 enjoy!hehe...

syukran baba...ader rezki bawa kami lg yer......