Wahai saudara saudaraku sekalian. Ketahuilah kejayaan kita pada hari ini adalah hasil tulus doa kedua ibubapa kita. Ibu kita terutamanya amat penyayang dan amat kasihkan kita semua. Sedihnya kita adalah sedih mereka, bahagianya kita adalah bahagianya mereka. Sedang ridhonya Allah adalah ridhonya mereka jua. Justeru jangan sekali-kali kita bertelingkah di depan mereka (jangan bergaduh langsung kerana itulah ajaran agama ini) Jangan diceritakan keburukan adik beradik yang kita tidak ketahui pada ibu kita yang seorang tu...Jangan pula didamkan harta ibu yang tak seberapa tu. Ingatlah kita semua dah besar...dah bekeluarga dan berharta.. Tidak inginkah kita melihat ibu tersenyum gembira bersama anak-anak dan cucu-cucunya ? Kalau orang lain, tentu sahaja ibu mereka bebas kemana-mana...tidak terikat dengan jadual menjaga cucu. Hari ini kerumah Along, minggu depan ibu ke rumah angah...dan begitulah seterusnya. Riang nya ibu melihat telatah cucu-cucunya... Ibu bebas pergi ke masjid untuk beribadah....bebas ke masjid untuk mendengar kuliah...Itulah antara luahan hati ibu pada Baba satu ketika dahulu...Tapi ibu tak dapat seperti yang dia nak....ibu kita terpaksa jaga cucu-cucunya pula....kesian sungguh ibu.
Allah yang Maha adil telah memberikan sakit kepada ibu...dan dikeranakan sakit inilah ibu baru bebas....baru ada masa kelapangan...Kalaulah baba seorang ustaz...tentu sahaja dibawanya ibunya ke surau dan masjid...setiap kuliahnya akan dibawanya ibu bersama. Ibu pasti seronok dan berbangga!!
Baba sedih apabila ada diantara adik beradik bertanyakan perihal rumah ibu dikala ibu sakit mata tempoh hari. Apa perlunya harta ibu dibincangkan sedang ibu masih ada lagi? Bukankah kita semua ada harta?? Kenapa sibuk nak tahu siapakah bakal mewarisi rumah ibu?? Malah ada pula yang kata sipulah-sipulan sahaja yang layak duduk disebelahnya?? Siapa dia tu ?? cerminlah diri sikit sebelum memburuk-burukkan Edi dan Linda....
Rumah itu....jika mereka telah tiada...janganlah kerana rumah berharga RM 25 ribu tu pun nak dibisingkan...jangan disusahkan mereka disana dengan tindakan kita beranak di dunia ni...
Tak payahlah direbutkan benda sekangkang kera....bukannya harta berjuta!! kalaub susah sangat...wakafkan sahaja pada pertubuhan amal...atau dijualkan untuk diwakafkan duitnya pada jemaah Islam atau Masjid buat ganjaran mereka yang telah bersusah payah membesarkan kita semua. Buatlah amal yang dapat membahagiankan ibu kita dalam tempoh waktu yang ada ini..
Ingatlah pesana nabi:-
"Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir." (HR. Muslim)
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?” Nabi Saw menjawab, “ibumu…ibumu…ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu.” (Mutafaq’alaih).
wallahua'lam
"Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir." (HR. Muslim)
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?” Nabi Saw menjawab, “ibumu…ibumu…ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu.” (Mutafaq’alaih).
wallahua'lam
0 comments:
Catat Ulasan