
Fuhh...lama betul tak tulis dalam blog ni...baba kata baba sibuk betul sejak akhir-akhir ni...mmmm ni ada satu coretan daripada baba untuk renungan barangkali..
Baba tulis ni sebab dia teringat kata-kata gurunya Prof Madya Dr Shariffuddin dari UTM. Kata Baba, Dr Shafifuddin ni ajar tajuk teori struktur. Dalam kuliahnya, Dr Sharifuddin tekankan agar sentiasa menyayangi ibu...jangan dimarahi apatah lagi diherdik ibu kita...Banyakkan cium dan minta ampun pada ibunya.. Dr Sharifuddin teruskan dengan perbagai kisah kenangan manis beliau dengan ibunya...memang terasa sedih mendengar kisahnya...Bagaimana kasihnya seorang ibu terhadap anak-anak. Dan amat beruntunglah ibu Dr Sharifuddin kerana mendapat anak yang soleh sepertinya.
Mendengarkan ucapan dan nasihat Dr Sharifuddin itu membawakan baba kepada kisah yang berlaku pada sebuah keluarga. Seorang ibu bertubuh kecil tapi punyai anak yang ramai. 12 orang semuanya .. Siibu amat mengasihi anak-anaknya..Tiada seorang pun yang terabai walau sesaat sekalipun... Alangkah bahagianya siibu apabila mendapati hampir kesemua anak-anaknya berjaya ke menara gading...yang jadi jurutera, guru dan sebagainya...namun bak kata pepatah panas yang disangkakan berpanjangan tidak berlaku sebaliknya hujan ditengah hari. Kisah suka-duka siibu tua nampaknya tidak diambil peduli. Segala jasa pengorbanan siibu tua amat sukar dihayati...Si anak kian membesar dengan gelagat dan watak tersendiri...
Suatu ketika...tika ayah ada disisi...ibu dan Ali lah yang menjaga ayah..dari 12 beradik hanya Ali sahaja yang tinggal...maklumlah Ali tidak pandai dan tidak sehebat mereka semua. Alilah yang membawa ayah ke hospital...bergilir-gilir bersama ibu tidur di hospital untuk menjengguk ayah...Mana mereka yang lain?? mereka semua sibuk berkerjaya...hujung bulan adalah datang menjengguk... Ya...ayah memang garang dan bengis...tapi...apapun tindakannya dia tetap ayah kita...Masa itu keluarga ibu agak susah...maklumlah...ayah seorang pesara kerajaan...masa tu duit pencen ayah tidak seberapa...memang mereka diluar sana ada memberikan sumbangan...tak lama kemudian...Ali dapat peluang melanjutkan pengajian...tapi...alhamdulillah..Allah itu Maha Kaya...dia beri Ali peluang melanjutkan pengajian di sekitarnya sahaja...maka Ali jugalah bersama ibu menjaga ayah...melihat ragamnya yang sering meraung kesakitan ditengah malam... Ayah sering melaung "Ibu...makk..makk...sakit mak !!" kata ayah...
Ayah sering kejutkan Ali dan ibu secara bergilir-gilir...dari jam 3.00 sampai ke subuh minta diurutkan dadanya....AYAH MENGAH!!!!
Memang tidak selesa melayan kerenah pesakit seperti ayah apatahlagi disaat-saat musim peperiksaan....pernah satu ketika Ali terpaksa berulang alik ke dewan peperiksaan ke Hospital bagi menjengguk ayah...namun, jikalah ditakdirkan Ali belajar diluar...tentu ibu lebih susah lagi...kesian ibu.
Ayah sering berpesan agar ibu jangan sekali-kali memelihara cucu-cucunya...."kamu tu dah tua...kalau aku mati dulu....kamu jualkan je rumah ni...kamu makan duitnya....jangan harapkan anak-anak kita".
Takdir Allah penentu segalanya...hari jumaat...ayah meminta Ali mencukurkan rambutnya...cuci telingganya...Ali memaklumkan dia akan bersolat di Masjid Negeri...pesan ayah "Balik awal sikit tau...aku tak larat ni..."
Rupanya itulah pesanan pentingnya....sejurus Ali balik dari rumah...dalam pukul 3...ayah tidur...tiba-tiba ayah bangun dan mengadu sesak nafas...ayah makin teruk...dirinya seolah-olah kancing gigi...dan tak sedar...Ali segera ambil tindakan pantas menghubungi Cikgu Rauf untuk membawakan ayah ke Hospital...Di Hospital ayah dimasukkan ke wad kecemasan...ibu ada bersama ayah sedang Ali pantas menghubungi sanak saudara...memaklumkan situasi kritikal ayah...20 minit kemudian ibu datang kepada Ali...dengan air mata mencurah-curah memberikan isyarat ayah sudah tiada lagi!!!
Itulah pengalaman Ali memelihara ibu dan ayah....dan itulah pesanannya kepada adik-adiknya...ya Lina dan Abu dahulu merantau jauh mencari ilmu...mereka tidak sempat menjaga keduanya...kini, hanya Lina dan Abu sahaja yang tinggal bersama ibu. Pesan Abu kepada Lina "kamu jaga mak tu elok-elok...jaga perasaannya...
Tapi apa yang berlaku sebaliknya...Lina amat tidak menjaga perasaan ibunya...dia amat tidak suka mendengar bebelan ibunya...kehidupannya persis seperti budak-budak asrama....bangun lewat...sekarang Lina dah jadi cikgu...awallah bangunnya...
Telatah Nyah lain pula....sanggup melabelkan ibu sebagai "PRIMADONA" inilah sikap paling banggang seorang anak...melabelkan ibu sendiri dengan gelaran sedemikian...seolah-olah ibunya yang sakit ini tidak sakit tetapi hanya berlakon sakit untuk menarik perhatian anak-anaknya....masyaAllah....
Bila Ali marah menyatakan demikian....bila Ali cuba ceritakan perihal ayah...mereka menjawab " Ali tu nak mengungkit la tu....alah...Ali duduk dengan mak berapa lama?? Nyah lagi lama duduk dengan mereka...Nyah tahu la....!!
Tapi..persoalannya...Nyah duduk dengan mereka...duduk sahaja...nyah tak pernah ambil tahu masalah keluarga...yang nyah tahu pagi kul 7 pergi kerja...pastu kul 7mlm balik kerja...kalau ada tuisyen kul 10 karang baru balik..Balik rumah tido...kalau hujung minggu ha duk la depan tv...Itulah rutinnya bukan Ali tak tahu...bukankah waktu Nyah duduk kat umah tu pun Ali pun duduk sama ??
Waktu ayah pergi dulu siapa yang menangis teresak-esak macam PRIMADONA ?? bukankah Nyah ??
Nauzubillah...janganlah difitnah ibu tua itu...kesian dia...jangan dibenci ibu tua itu kesian dia...Ali pernah tengok macam-macam kesusahan ibu itu dalam memelihara kita semua...ibu pernah tak makan...ibu pernah tak tidur hanya kerana kita semua!!!
Kini...anak-anaknya dah besar panjang...Ali pun dah kahwin...Ali pegang satu prinsip...Ali tidak akan beri anak-anaknya dipelihara oleh ibu...kerana ibu sudah tua...cukuplah ibu menderita memelihara dan membesarkan kami semua...janganlah pula ibu menderita menjaga cucu-cucunya pula...
Kini si Cikgu kecik pula yang sibuk-sibuk menghantar anaknya untuk dipelihara siibu tua...Kesiannya ibu...diceritakannya kesusahan dan kesempitan hidupnya untuk meraih simpati ibu...Akhirnya siibu pun menawarkan khidmat baktinya...Ali marah...Ali bising...diceritakan perasaan hatinya yang tidak bersetuju pada adiknya Lina...tapi Lina pun serupa " Alah mak tu nak duit...biarlah mak jaga !! Celaka betul mereka ini!! dipancingnya ibu dengan duit !!! Apakah ibu tu dia ingat wanita indon ?? apakah ibu itu dia ingat pekerja dia? !!
Dia ibu kita...berapa banyak sangatkah yang cikgu kecik bayar ?? kalau setakat dua tiga ratus baik tak payah!! Hatta kalau 1000 sekalipun ibu tidak patut dikerah sedemikian rupa!!
Sudah-sudahla... ibu kita sudah susah payah membesarkan kita...kalau nak bagi duit bagi sahajalah jangan dipancing dia dengan kerja yang lain...kalau ayah ade dah tentu berambuslah mereka semua!!!!
Bila ditanya kepada cikgu kecik...dia jawab....awie nak jugak!!! Puh...lagi cilaka punya jawapan....woi!! ni mak kamula...mak kita bukan mak awie...kalau nak suruh mak jaga suruh la mak dia yang jaga...mak dia kan muda dan sihat lagi....!!!
Ali amat tidak puas hati dengan mereka semua...mereka cikgu...gaji beribu...laki mereka pun gaji beribu jugak...Ali tidak begitu...isterinya tidak bekerja...susah senang hidupnya tidak pernah dikhabarkan kepada siibu tua...boleh je hidup. Tak de pun nak antar anaknya kepada ibu minta dibelakan...tapi mereka yang mengeluh susah ni...tub..tub...tukar kereta baru juga!!!! Celaka tak ?? Memang celaka la....!!!!
Balik-balik cerita pasal utang kad kredit yang menimbun-nimbun...Woi kalau dah pakai bayar je la...apsal nak cerita kat orang pulak!!Sendiri buat sendiri la tanggung!!
Ali tak puas ati lagi....Ali antar mesej pada semua adik beradiknya dengan mesej "kata org Ibu seorang mampu menjaga 12 orang anaknya tapi anak yang 12 orang belum tentu mampu menjaga seorang ibunya."
Semua adik beradiknya dihantar dengan msg yang sama....dalam 12 orang tu...tiba-tiba Cikgu kecik menjawab msgnya dengan bertubi-tubi ...agaknya dia terasa diala anak yang dimaksudkan...betullah kata pepatah "Siapa makan cili dialah terasa pedasnya"
Msg 1 (4.07.09 5.05pm) : Sekadar renungan-Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...Hai org2 yg beriman, jgnlah kaum laki2 menghina kaum kali2 yg lain, krn bole jadi kaum yg d'hinakan itu, lebih baik dr kaum yg m'hinakan...dan jgn pula kaum perempuan menghinakan kaum perempuan yg lain, krn bole jd perempuan yg d'hinakan itu, lebih baik dr perempuan yg m'hinakan. Jgnlah kamu cela mencela sesama kamu dan jgn pula panggil memanggil dgn gelaran yg xbaik. Seburuk2 nama ialah pasik sesudah keimanan. Brgsiapa yg tiada bertaubat, maka mereka itulah org yg aniaya. ayat 11 surah al hujuraat'
Ha..ha...agak-agak dia rasa dia perempuan yg baik kah??? kalau baik takkan terasa pulak ??
Msg 2 ( 4.07.09 4.01pm): Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...hai sekalian manusia, takutlah kamu kpd Allah, Tuhanmu yg m'jadikan kamu dr diri yg satu dan m'jadikan isteri drpnya; dan dr pada ke2nya b'kembg biak laki2 dan perempuanyg byk. Dan takutlah kpd Allah yg pinta meminta kamu dgn namaNya, dan takutlah akan memutuskan silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kami. ayat 1 surah annisa'.
Msg 3 (4.07.09 3.36pm): Ada kala kita sgka tindakan kita betul, tp salah. ada kala kita rasa dah wat tebaik tp tidak...apa masalah sebenarnya? mungkin kena check blik 'niat' kita yg sebenar..moga kita xterpesong dr landasan Allah..sekadar tazkirah...
Msg 4 (4.07.09 3.10pm): Ada seorg wanita tua dgn 3 org anak, seorg meletakkan cucunya dibwh jagaannya dan memberi hadiah, seorg lg meminta wanita itu menjaga kedai cendawan dan memberi hadiah, seorg lg menjadi batu api supaya kedua anak bergaduh wpun dgn ibu sndiri...sudah berumur, xbekerja dan ditampung oleh ibunya. antara ke3 anak wanita ni, sapa paling bagus? jwpannya xseorg pun bgus...tima kasih...
Msg 5 (4.07.09 2.13pm): Awi kata, jgn smpi dia tampar muka dah...
Aik...apsal nak tampar2 ni ?? Siapa dia nak tampar2 org plak ??
Mereka guna ayat al-Quran untuk jawab pertanyaan saya...tapi apakah mereka faham ayat yang mereka gunakan ?? apakah mereka tidak lihat ayat al-Quran yang melarang kita kata UHH" sekalipun pada ibubapa...dan itupun boleh dianggap anak derhaka!! Inikan pula marah ibu pada majlis yang dia buat kat umah dia... tak taulah...kalau cari dalam al-Quran...banyak kisah dan ingatan agar kita sayang kat ibu... Tengok je surah Luqman....bukankah perkataan yang diperingatkan antaranya adalah berbuat baik kepada kedua ibubapa ??
Ambil kisah dalam hadis sahih...satui kisah...tentang 3 orang pemuda yg terperangkap dalam gua...mereka berusaha menolak batu besar yg menutupi pintu gua tersebut dgn harapan untuk dapat keluar dari gua yg gelap...namun tidak berjaya...akhirnya mereka bertiga berdoa dan bertawassul dan amal ibadah mereka masing masing...Antara yang menariknya salah seorangnya menyatakan " Ya Allah...ya tuhanku...sesungguhnya aku dahulu ada memelihara dua ibubapaku...setiap hari aku akan bawakan susu untuk mereka dan aku pastikan mereka minum dahulu daripada anak-anak ku. Satu hari...aku pulang lewat lalu aku mendapati kedua-ibubapaku telah tidur lena tanpa sempat aku memberinya minum. Sekiranya amlanku ini diterima sebagai salah satu amal yg soleh....maka bukakanlah pintu gua ini.. Maka dengan amalnya yang soleh yang amat prihatin menjaga ibubapanya...dia telah dibuklakan pintu gua tersebut dan terselamatlah mereka bertiga...
Janganlah kita menjadi penyebab kepada tanda-tanda kecil kiamat diamna antara disebutkan oleh nabi wujudnya ibu yang melahirkan tuannya...

bayangkanlah...sanggupkah kita yang susah payah membesarkan anak kita...tiba-tiba bila anak dah besar diperlakukan kita seperti kuli....dah la suruh mak kita yang tua tu jaga anak...bila anak tak makan bising pulak tu...kata macam-macam...padahal...anak tu yg saja cari pasal!!
Jangan ada pula ustaz yang kata saya tulis ni tak betul....tengoklah balik al-Quran dan Hadis...ilmu yang tinggi untuk diamalkan...mana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah walaupun ia dilakukan oleh sedarah sedaging!!
wallahua'lam
Ibu Mithali Ibu yg sejati
Kasih sayangmu kasih yg suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasa mu tetap disanubari
Ibu oh Ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasih mu dalam jiwaku
Kau disayangi kerna menyayangi
Ibu oh Ibu hati mu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu Mithali Ibu yang sejati
Kasih sayang mu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
JasaMu TETAP DISANUBARI...